Kisah tangan melekat di kemaluan jenazah, kisah ini terjadi pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki. Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan Si Pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.
Semua penduduk dan ulama gempar akan hal itu. Bagaimana tidak gempar, kalau tangan Si Pemandi jenazah ini terlekat sehingga semua orang sekitar mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut. Terdapat dua rencana untuk menyelesaikan masalah itu.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekaligus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita Si Pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada Si Mati pada saat memandikannya.
Wanita pemandi jenazah itu berkata bahwa dia ada mengatakan kepada Si Mati sewaktu membersihkan tubuhnya : "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf atau tuduhan zina pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali cambuk karena tidak mendatangkan saksi."
Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 cambuk maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain. Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.
Semoga bermanfaat dan sama-samalah memperbaiki diri. InsyaAllah. Jaga lidah mulai sekarang, jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Jenazah ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. Karana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang akan kita tidak menyaksikan dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari nanti balasan yang akan kita terima.
Jangan lupa juga mampir game kami, banyak Free nya lho....www.ibosport.com
No comments:
Post a Comment